ASAS MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi IRAMA, MELODI, WARNA TON, TEKSTUR, BENTUK DAN EKSPRESI. Bunyi yang tidak tersusun dan tidak mengikut konsep muzik disebut sebagai “ BUNYI BISING “
IRAMA
Dalam irama terdapat detik, meter, corak irama, tempo dan rentak. Pada irama juga terdapat nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai pecahan nilai yang tersendiri. Iaitu 4 kiraan, 3, 2, 1, dan ½ , ¼ , 1/16
DETIK
Dalam sesuatu muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi tetap yang boleh ditepuk sepanjang persembahan muzik seperti 2 kiraan, 3 kiraan dan 4 kiraan.
MELODI
Melodi ialah susunan bunyi ton secara mendatar ( linear ) dan berkontur. Bunyi ton ada kalanya panjang, pendek ataupun sama dan bunyi-bunyi ton ini menentukan irama melodi. Sesuatu melodi bertukar jika pic dan irama bertukar. Pergerakan melodi ini melibatkan pic dan irama yang dikawal oleh tempo.
PIC
Pergerakan ton boleh berulang ke atas atau ke bawah mengikut langkah seperti anak tangga, mungkin separuh langkah, langkah penuh ataupun melompat. Turun dan naik ton menentukan pic.
PANTULAN DAN SAHUTAN
Pantulan dan sahutan bukan komponen harmoni dalam lagu. Pantulan ialah isian tema atau motif melodi yang diulang dengan pic serupa. Selalunya digunakan di akhir frasa lagu untuk mengindahkan bunyi sesuatu frasa.
HARMONI
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan atau dinyanyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membentuk kord. Kegunaan kord adalah untuk mengiringi melodi lagu. Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad, untuk membentuk triad not asas digunakan iaitu not tonik, ( not pertama @ asas ) not ketiga dan not kelima dari sesuatu skel untuk menghasilkan harmoni yang perfek dan sedap didengar.
TEKSTUR
Monofoni
Barisan melodi secara mendatar yang dinyanyikan secara unison atau dinyanyikan tanpa iringan kord.
Homofoni
Barisan melodi yang dinyanyikan dengan iringan kord
Polifoni
Lebih daripada dua barisan melodi dan diiringi dengan kord.
EKSPRESI
Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.
Gabungan aplikasi ciri-ciri muzikal ini boleh menghasilkan berbagai interpretasi tersendiri. Setiap manusia mempunyai tahap interpretasi yang berbeza. Bahagian ini sangat subjektif dan harus dinilai berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pentafsiran yang sesuai dengan kriteria dan gaya persembahan.
Contoh dinamik
P (piano ) - Dinyanyikan secara lembut
F ( forte ) - Dinyanyikan secara kuat dan terkawal
Cresendo - Semakin kuat ( dari p ke f )
Decresendo - Semakin perlahan ( Dari f ke p )
mf ( Mezzo forte ) - Sederhana kuat ( Selalu digunakan dalam nyanyian )
TEMPO
Kelajuan sesuatu lagu yang dinyanyikan
Andante atau moderato - Kelajuan yang sederhana
Allegro - Rancak atau cepat
WARNA TON
Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri, dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton berbeza ialah.
- Suara lelaki dan suara perempuan
- Suara perempuan dengan suara kanak-kanak
- Suara menjerit dengan suara berbisik
Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat atau cara ianya dimainkan atau dinyanyikan.Warna ton dalam muzik sama dengan warna ton dalam lukisan.Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus , gelap, terang , ringan dan berat.
Dalam nyanyian suara prempuan dikategarikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto, manakala suara lelaki dikategorikan dalam jua jenis juga iaiti tenor dan Bass. Dalam nyanyian koir atau nyanyian beramai-ramai seperti nasyid yang mempunyai pelbagai jenis suara ini , hasilan warna tonnya sangat menarik dan harmoni serta indah didengar.
PERMASALAHAN DALAM LATIHAN WIND ORCHESTRA
IRAMA.
i. Pertukaran not-not pendek.
Kebanyakan pelajar yang kurang pengalaman sering memendekkan not semasa menukar
kepada not-not lain. Contohnya nilai not krocet atau minim tidak cukup. Keadaan ini disebabkan oleh teknik pernafasan yang tidak betul atau tidak memahami kepentingan meniup not mengikut nilainya yang betul atau tidak berhati-hati semasa bermain.
ii. Kuaver bertitik - corak irama semikuaever
Masalah yang sering berlaku ialah corak irama yang terdapat dalam meter 2/4 atau 4/4 bila corak irama kuaver bertitik – semikuaver ujud dalam skor. Pelajar sering meniup dengan nilai dan irama not yang salah. Oleh itu keseragaman corak irama tidak berlaku dan menghasilkan melodi atau muzik yang tidak seragam dari aspek irama. Irama yang ditulis tidak sama dengan irama yang dimainkan.
Contoh:
Cara penyelesaiannya ialah corak irama ditulis pada papan hitam dan dibahagikan kepada quarter note kepada empat bahagian yang sama. Kemudian bilang dengan tempo yang lambat setiap bahagian. Jurulatih perlu membimbing pelajar supaya menepuk irama dengan betul.
Terdapat juga masalah irama jika not quaver dan semi kuaver yang ditulis dimainkan dalam tempo yang cepat. Kecenderungan pelajar bermain dengan cepat dan menghasilkan bunyi irama yang tidak tepat seperti yang ditulis. Untuk mengatasi masalah tersebut teknik yang sama digunakan iaitu menulis semula corak irama dalam bentuk yang boleh membantu pelajar merasai irama yang betul dengan bimbingan jurulatih. Mulakan tepukan atau nyanyian dengan tempo yang lambat diikuti tempo yang lebih cepat mengikut bunyi corak irama yang dicadangkan.
iii. Sinkopasi
Bermain lagu yang mempunyai banyak sinkopasi adalah masalah utama pelajar untuk mendapatkan ketepatan irama seperti yang ditulis dalam skor. Satu kaedah yang digunakan untuk mendapat ketepatan irama sinkopasi ialah melatih pelajar menyanyi dan menepuk irama pada keratan-keratan irama yang terdapat sinkopasi. Selain daripada itu menanda ‘ downbeats’ dengan pencil pada skor. Cara ini dapat membantu pelajar jika mereka menghadapi masalah percampuran not dan tanda rehat. Menconteng skor dengan berbagai tanda adalah penting dan berkesan untuk mengingatkan pelajar mengenai berbagai aspek yang terdapat dalam skor seperti pertukaran dinamik, artikulasi dan tempat yang sesuai untuk menarik nafas. Ianya membantu pelajar mencapai tahap ketepatan irama yang diperlukan dalam skor.
iv. Triplet
Ramai pelajar yang menghadapi masalah triplet, selalunya bila mereka tidak menyangka irama ini terdapat dalam meter duaan seperti 2/4, 4/4, atau 2/2. Masalah triplet yang rumit sering berlaku jika jeda antara not sukar dimainkan. Selalunya dua not pertama dimainkan lebih cepat dan memaksa mereka memanjangkan bunyi not ketiga lebih daripada yang ditulis. Kesan bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut.
Cara penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah triplet ialah menggalakkan pelajar memahami dan merasai triplet secara natural dengan melatih tubi pelajar menggunakan perkataan yang sesuai dengan triplet.
Contoh :
won – der – ful No-na-mi
PART TWO
Skel
Kesalahan atau masalah yang sering berlaku semasa bermain lagu dalam berbagai skel. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa bermain not- not yang ada slur dan cenderung untuk bermain cepat atau lambat jika terdapat not-not yang sukar penjariannya. Selain daripada itu pelajar juga menghadapi masalah kordinasi di antara penjarian dan penglidahan. Jika kordinasi tidak lancar irama yang dimainkan tidak lancar dan tidak tepat.
Penyelesaian masalah ini adalah seperti berikut:
- Semua pelajar perlu membuat latihan skel dan arpeggios dalam berbagai nada, artikulasi dan
irama.
- Gunakan “ method book” yang standard dengan berbagai latihan irama.
- Jurulatih perlu membimbing pelajar bermain dengan betul dan tepat setiap not yang terdapat
dalam irama lagu.
- Pastikan semua not diberi pemberatan bunyi , warna ton dan kekuatan bunyi yang sama.
- Mulakan dengan bermain skel dalam tempo yang lambat diikuti tempo yang cepat.
- Kemudian perkenalkan kepelbagaian dinamik dan pertukaran irama yang terdapat dalam lagu
secara beransur-ansur agar pelajar dapat merasai irama dengan tepat.
( The Band director’s Hand Book. A guide for college and secondary school music director’s in
southeast asia. Bruce Gale )
Pemberatan nilai not atau ton.
Menghasilkan ton yang tidak sama pemberatan bunyi walaupun irama atau pemberatannya ditulis sama tetapi pelajar bermain irama yang tidak sama seperti yang ditulis. Kadang-kadang irama yang ditulis sama pemberatan bunyi tetapi pelajar membuat kesalahan dengan membunyikan satu not lebih panjang daripada not yang lain sedangkan irama yang betul perlu dimainkan sama rata bunyi dan nilainya.
Contoh:
Penyelesaian bagi semua masalah irama ialah:
- Membaca keseluruhan corak irama bikan hanya membaca not-not tertentu sahaja.
- Gunakan perkataan untuk merasai corak irama.
- Gunakan metronome semasa latihan dijalankan untuk mendapatkan keseragaman tempo dan irama.
Style.
3 sebab utama masalah stail yang mengganggu kelancaran corak irama.
a. Interpretasi irama yang tidak tepat.
b. Kekurangan pengetahuan berkaitan stail asas.
c. Kekurangan masa latihan diberikan untuk mencapai keseragaman stail.
- Pelajar perlu tahu perbezaan asas stail lagu seperti march,pop, terutamanya sejarah muzik
yang berkaitan dengan stail muzik seperti muzik Klasikal, Baroque, Romantik dan berbagai stail muzik.
- Mendengar lagu-lagu yang dirakam oleh pemuzik atau kumpulan ensembel profesional dapat menambah pengalaman muzikal dan merasai ketepataan irama dan stail.
- Mendegar ton yang berkualiti dan ketepatan irama adalah salah satu cara terbaik untuk
melatih pendengaran dan pemikiran yang efektif.
- Akhir sekali jurulatih perlu membimbing pelajar dengan tekun dan sabar kerana terdapat
pelajar yang mempunyai kemahiran berbeza terhadap irama. Pelajar perlukan arahan atau
tunjuk ajar yang betul dalam persembahan selain daripada membaca skor atau corak irama.
EKSPRESSI
Masalah ekspresi sering berlaku kepada pelajar yang kurang pengalaman muzik dan kurang diberi pendedahan oleh jurulatih mengenai kehendak atau karektor muzik yang perlu dihasilkan. Mereka gagal menterjemahkan karektor-karektor yang ditulis dalam skor kepada bunyi yang bermakna seperti mod lagu, kualiti ton, ketepatan irama, keseimbangan, intonasi, dinamik, frasa lagu dan berbagai aspek estetik yang terdapat dalam lagu.
Cadangan Penyelesaian masalah:
1. Jurulatih perlu memberi penerangan mengenai bagaimana? Dan kenapa? Ekpressi sangat penting semasa persembahan. Demonstrasi adalah cara yang paling berkesan untuk membantu pelajar mendapat ekpresi yang betul. Penerangan secara lisan perlu diberi dengan jelas, tepat dan mudah difahami. Jurulatih perlu menerangkan secara teliti apa yang perlu dilakukan untuk menghasilkan bunyi yang ekpresif. Contohnya “ a slight cresendo here” , “ a little tenuto on this note” , “ a lift after the half-note,” dan sebagainya.
2. Gunakan konsep yang mudah berkaitan dengan hubungan not dan arahtuju serta pergerakannya dalam frasa lagu semasa mengajar. Kesatuan pemikiran dan bunyi penting untuk menghasilkan gerakan dalaman minda, tindakbalas dan perasaan yang menunjukkan ekspresi muzikal secara langsung.
Contoh :
“ Low search for high”.
Konsep ini memberi penekanan pada imaginasi pelajar terhadap arah tuju not daipada pic rendah kepada pic tinggi dimana pelajar dapat merasai perhubungan antara not-not tersebut. Mulakan dengan nyanyian skel major.
- Nyanyi atau main alat menggunakan skel. Fikirkan not tinggi dan arah yang akan dituju. Fikiran pelajar berfokus daripada not rendah kepada not tinggi.
“ High search for low”
- Nyanyi atau main alat menggunakan skel. Fikirkan not rendah dan arah yang akan dituju.Fikiran pelajar berfokus daripada not tinggi kepada not rendah.
Kombinasi not tinggi dan rendah. Pelajar menyanyi atau main alat sambil berfikir dan fokus pada arah tuju not dan rasa keujudan not-not rendah dan tinggi dalam lagu yang dimainkan.
Konsep dan proses ini membantu pelajar memahami dan merasai perubahan arah tuju melodi dan perubahan pic serta fokus perhatian dan pendengaran pada keindahan melodi daripada hanya memberi tumpuan pada not dan irama.
PART THREE
Pandangan (hasil temubual) En Tang Chia Hoe seorang jurulatih pancaragam yang cemerlang tentang penghasilan sesebuah persembahan yang bermutu.
HARMONI
Menekankan latihan harmoni. Harmoni ialah hasilan bunyi yang terdiri daripada jarak antara dua not (interval). Interval antara dua not di dalam kord (chord) akan mengeluarkan bunyi yang tertentu. Terdapat dua jenis interval yang utama iaitu, major interval dan minor interval. Jika terdapat interval yang lebih kecil dari minor, ia dikenali sebagai diminished interval dan lebih besar dari major, dipanggil augmented interval. Penghasilan dari dua-dua not ini amat penting untuk mengeluarkan bunyi yang baik dari segi intonasinya dan keseimbangan bunyi.
Latihan choral; Maksud latihan choral di sini bukanlah semata-mata melalui nyanyian., tetapi lebih kepada latihan memainkan alat muzik orkestra mengikut not-not muzik yang terdapat di dalam skor-skor lagu choral.
Latihan choral dapat memberi kelebihan dalam menghasilkan keseimbangan bunyi (sound balancing) kerana pelajar dapat mendengar bunyi yang dihasilkan oleh rakan yang lain disamping dapat mengawal kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik mereka sendiri. Selain dari itu, Mr Tang menegaskan bahawa tiada perbezaan kemahiran bermain alat muzik melalui perbezaan umur, Semua pelajar mesti berkerja keras berlatih untuk meningkatkan kemahiran bermain alat muzik. Untuk bahagian section irama (rhythm section), banyak masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan band yang dilawatinya ialah dari segi membaca notasi muzik(side- reading) . Apabali masalah ini timbul, lagu-lagu yang hendak dimainkan atau yang dipelajari semasa latihan akan mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan. Sebagai contohnya, satu lagu mungkin akan mengambil masa sehingga 4 ke 5 minggu baru dapat diselesaikan. Masalah ini dapat diselesaikan jika pelajar-pelajar dapat menguasai (side reading) dengan baik terutamanya dalam membaca irama(rhythm). Masalah ini harus diselesaikan kerana untuk menghabiskan lagu yang mudah hanya perlu mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Jadi pembaziran masa latihan dapat dielakkan.
IRAMA
Kebanyakkan skor lagu-lagu yang mempunyai tanda masa 2/4, mengandungi 80% atau 90% nilai-nilai not dalam kuaver dan krocet. Ini bermakna, jika pelajar orkestra dapat menguasai kemahiran membaca irama ini, semestinya dapat mengatasi hampir keseluruhan masalah-masalah yang timbul semasa membentuk sebuah pancaragam yang baik.
Banyak latihan perlu ditumpukan kepada nilai not quaver dan krocet. Masalah yang timbul sekarang ini ialah, kebanyakkan kumpulan band mengabaikan latihan ini yang mereka fikirkan terlalu senang dan tidak perlu diambil penekanan, sebaliknya mereka lebih menumpukan kepada irama yang lebih susah dan kompleks. Sedangkan not-not krocet dan quaver ini jika tidak dikuasai dengan sebaiknya, not-not yang lebih susah tidak mungkin dapat dikuasai sebaik mungkin.
PENGHASILAN TON
Selain daripada embouchure, terdapat beberapa faktor-faktor lain yang mempengaruhi penghasilan ton yang baik seperti, kualiti alat muzik, pernafasan (air), teknik meniup dengan menggunakan kesan dari pergerakkan lidah (toungeing). Dan faktor-faktor tersebut merupakan teknik yang paling asas dalam menghasilkan suara ton yang baik.
Terdapat empat elemen yang penting dalam penghasilan ton iaitu, embouchure, toungeing, teknik pernafasan (air) dan kualiti alatan muzik. Di dalam alat-alat muzik pancaragam, alat perkusi (percussions) memerlukan alatan yang bagus kualitinya. Sudah tentu, alat yang berkualiti tentunya mahal harganya. Ini ialah kerana, berbanding dengan alat tiupan, teknik-teknik yang telah disebutkan boleh mempengaruhi ton jika digunakan dengan baik, lain pula dengan alat perkusi yang hanya terdapat satu teknik yang tidak mungkin boleh memberi kesan bunyi yang baik jika alat tersebut tidak berkualiti.
Menghayati muzik banyak bergantung kepada bentuk/jenis muzik itu sendiri. Walaupun demikian, latihan merupakan factor yang paling penting dalam menghasilkan sesuatu ton. Sebagai contohnya, bunyi yang lembut (mellow) terhasil daripada teknik pernafasan/tiupan yang memerlukan kelajuan udara yang digunakan.
Latihan teknik pernafasan/tiupan ini amat berguna dalam penghasilan ton.
"The key to correct use of diaphragm and breath support muscles is the expansion of your lower abdomen when taking in your blowing breath. You have to exercise and develop this technique until it comes naturally to you as a breathing habit even when you are breathing normally when not blowing.” (Robert Hollowell, 1981)
PANDUAN PEMAHAMAN DAN PEMBETULAN DALAM PERMASALAHAN INTONASI
WARMING UP/ PEMANASAN ALAT
· Bagi mencapai peratus ketepatan dalam tuning/penalaan, pemanasan alat sangat perlu
· Jarak masa bagi suatu pemanasan alat adalah sekurang-kurangnya 15 minit
· Lokasi/tempat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kemantapan/ketepatan sesuatu pitch bagi setiap alat: anggaran suhu sekurang kurangnya 72 Fahrenheit (28 Celcius)
· Biarkan suhu persekitaran yang membentuk penghasilan pitch terlebih dulu. Jangan terlalu cepat untuk “ readjust ” mekanisma tuning pada alat
· Warming up/pemanasan alat adalah penting untuk fokus dan memberi penumpuan kepada latihan pendengaran
· Jadikan proses ini sebagai satu asas untuk mendapatkan tone yang baik.
TUNING/PENALAAN
· Tuning adalah satu disiplin yang perlu ada bagi setiap pemain baru. Disiplin ini perlu konsisten dan berterusan
· Sentiasa menitikberatkan pitch yang tepat dalam setiap pembelajaran/ permainan alat. Jangan sekali-kali membenarkan pelajar bermain dalam keadaan “ out of tune ”
· Selepas selesai warm up, “ spot check ’’ setiap individu. Di sini bolehlah membuat adjustment mekanisma tuning pada alat jika tidak menepati pitch yang dikehendaki (skil pendengaran yang baik diperlukan dalam situasi ini)
· Kebanyakan guru akan lebih memberi tumpuan kepada adjustment pada alat untuk mendapatkan pitch yang dikehendaki tanpa memikir dan mengendahkan situasi tempat dan suhu (temperature) terlebih dahulu sewaktu warming up. Keadaan ini sebenarnya lebih memburukan lagi proses tuning dari memberi menafaat kepada pelajar
· Galakkan pelajar sentiasa mengunakan deria telinga untuk mengesan pitch yang tepat
· Terdapat 3 faktor yang berjaya membantu untuk merialisasikan penghasilan pitch yang tepat:
a. Mengenali alat itu sendiri (tahu reaksi dan tindakbalas
setiap not dan bagaimana untuk mengatasinya)
b. Peka dengan not yang terdapat dalam kord sewaktu
dimainkan dan fungsinya dalam intonasi (Pyramid of sound
atau Cord Wave)
c. Latihan pendengaran
· Dalam proses tuning, satu not tidak mencukupi. Adalah lebih berkesan mengunakan satu kumpulan not yang pelbagai dalam bentuk pengulangan seperti cord wave sebagai contoh untuk mendapatkan konsistensi pitch.
PYRAMID OF SOUND
LANGKAH UNTUK MEMBINA IMBANGAN BUNYI BAND
1. Walaupun piramid bunyi matlamat altenate objektif utama di enincel stagers
arahan adalah untuk membangunkan dan keseluruhan kualiti nada menyenangkan.
2. Minta pelajar bernafas dan membentuk embouchure dengan betul.
3. Apabila pernafasan dan embouchure dilakukan dengan betul akan mewujudkan Pyramid Of Sound.
LEVEL DINAMIK
1. Mulakan dengan instrumen bass dan mereka memainkan root konsert flet B pada f tahap kelantangan.
2. Tambah instrumen tenor yang bermain konsert ke-5 dalam root B flet konsert f pada tahap kelantangan.
3. Tambah alat alto bermain ke-3 (D konsert) pada tahap kelantangan mp.
4. Akhir sekali masukkan instrumen soprano bermain root konsert B flet tahap kelantangan.
WARM UP PITCH (Konsert B flet)
C D E F G A B C
C D E F G A
C D E F
PROSES TUNING
Woodwind
Flute dan piccolo
§ Mainkan not F ke not Bb sebanyak 3 hingga 4 kali secara berturutan
§ Tune not Bb dalam 8 peratus sharp
§ Banyak flutist/piccoloist membuat tuning mengunakan tekanan udara yang berlebihan. Tekanan ini juga antara faktor pitch yang terhasil menjadi sharp. Tiup seperti “ a conversational breath ”-Emory Remmington
§ Sentiasa peka dengan head joint dan adjustment pada mekanisma alat tersebut (mempengaruhi pitch)
§ Not Bb di atas baluk sepatut berada dalam titik pitch (well centered) Pastikan not tersebut sentiasa berada dalam keadaan stabil.
Oboe
§ Mainkan not F ke not Bb sebanyak 3 hingga 4 kali secara berturutan
( not Bb sedikit sharp)
§ Mainkan pula not Bb pada baris ke tiga baluk ke not F secara berturutan sebanyak 3 hingga 4 kali ( not F sedikit sharp )
§ Double reed dalam anggaran 70 mm adalah digalakan/ recommended untuk mencapai pitch yang dikehendaki dan tidak tersepit (squeezing)
§ Not A dalam baluk dan A oktaf adalah merupakan pusat pitch bagi alat ini.
Bassoon
§ Sekiranya not-not tersebut tidak mencapai pitch yang dikehendaki, perlulah membuat adjustment di bahagian antara bocal dan double reed. (The reed should be 2-1/8” overall and a #2 bocal on the instrument should work best)
§ Sentiasa peka dengan jarak antara reed dan bocal. Terlebih atau terkurang jarak reed pada bocal akan mempengaruhi pitch yang ketara
Clarinet
§ Mainkan not G di dalam garis ke dua baluk dan adjust barrel (anggaran 1/8 inci).
§ Periksa not C rendah dan sekiranya sharp adjust bahagian middle joint.
§ Akhir sekali mainkan pula not C tengah dan sekiranya sharp, adjust bahagian bell pula. ( Sekiranya ini menyebabkan not E bawah menjadi flat maka abaikan)
§ Setelah selesai, mainkan tiap not secara berturutan 3 hingga 4 kali untuk memastikan konsistensi not tersebut
§ Kebanyakan clarinet yang dicipta adalah sharp (student model). Adalah penting untuk memastikan ketepatan pitch pada not G.
Alto dan Bari Sax
§ Mainkan not G di dalam garis ke dua baluk. Not tersebut sepatutnya hampir dengan pusat pitch
§ Periksa bahagian oktaf not yang sama. Not tersebut biasanya akan sedikit sharp
§ Mainkan not D ke not G secara berturutan 3 hingga 4 kali
§ Top line F sharp is the best note to check for zero tolerance
Tenor Sax
§ Seperti prosedur di atas (alto dan bari). Not G di dalam garis ke dua biasanya akan berada pada pitch yang perfect dan G oktaf akan sedikit sharp
§ 3rd line B is the best note to check for zero tolerance
It is again noted that the quality of the instrument, reed, ligature and mouthpiece play a very important part in the succesful development of acceptable intonation
Brasses
Trumpet
§ Mainkan not G di dalam garis ke dua baluk, 3 hingga 4 kali
§ Kemudian mainkan not C berturutan ke not G
§ Kedua-dua not tersebut hendaklah di sharp kan 4 ke 6 peratus
French Horn
§ Alat ini merupakan antara alat brass yang paling sukar untuk di tune
§ Pendekatan sistematik digunakan untuk ke dua-dua bahagian iaitu Bb dan F pada alat tersebut
§ Periksa not C (konsert F) dan adjust tuning slide utama (this is usually the first slide on the mouthpipe tubing)
§ Lepaskan tuil ibu jari Bb (Bb thumb lever) dan periksa semula not C pada bahagian F dan adjust tuning slide bahagian lain pula
§ Jangan readjust tuning slide utama kerana ini akan mempengaruhi semula bahagian Bb dan F tadi
Trombone
§ Mainkan not F pada garis keempat baluk sebanyak 3 hingga 4 kali
§ Sharp kan sebanyak 4 ke 6 peratus dari pusat pitch
§ Mainkan pula not Bb diatas baluk (oktaf) beberapa kali dan tune pada pitch yang dikehendaki
§ Mainkan slur not Bb pada garis kedua baluk ke not F pada garis keempat baluk dan sebaliknya beberapa kali untuk memastikan pitch yang sempurna pada not F.
Euphonium
§ Tune dahulu not F pada garis keempat baluk. Kemudian diikuti oleh not Bb pada atas baluk (oktaf)
§ Not F akan sharp, tune kedua-dua not tersebut hampir kepada pusat pitch yang dikehendaki dengan sebaik mungkin
§ Slur kan kedua dua not tersebut untuk mendapatkan konsistensi pada pitch
§ Elakkan dari memainkan not Bb bawah kerana pitch yang terhasil sangat flat
§ Tune valve keempat pada not C dalam baluk.
Tuba
§ Mainkan not F dibawah baluk, 3 hingga 4 kali. Not ini sepatutnya berada pada pusat pitch yang dikehendaki
§ Check pula not Bb pada garis kedua baluk. Not ini pula sepatutnya hampir berada pusat pitch
§ Mainkan not F tadi ke not Bb secara berturutan, 3 hingga 4 kali. Mainkan secara slur naik dan turun untuk memastikan konsistensi not-not tersebut
§ Elakkan dari pemain tuba yang baru dari memainkan not Bb bawah kerana ini bukan merupakan not yang mudah untuk mendapatkan pitch yang tepat
ENSEMBLE
Proses ini merupakan satu konsep tuning/penalaan dari bawah ke atas. Latihan ini membolehkan pemain untuk memperkenalkan relatif pitch berdasarkan asas dari bass instrumen (this pyramid should exist in all section)
Pertama:
Ø Tuba sustain not F atau Bb bawah. Set trombone dan euphonium berdasarkan pitch yang sama.
Ø Kemudian selang-selikan/alternate Trombone dan euphonium pada not F dan not Bb(oktaf)
Kedua:
Ø Trombone sustain pada not F
Ø Masukkan French Horn not C
Ketiga:
Ø Biarkan trombone dan french horn sustain konsert F
Ø Masukkan trumpet not G dan not C
Keempat:
Ø Sustain keseluruhan brass ini dalam perfect fifth
Ø Cth:
q Tuba not Bb bawah.
q Trombone not Bb, not F dan not Bb(oktaf).
q Euphonium not Bb (oktaf) dan not F(oktaf)
q French horn pula not F dan not C
q Trumpet not G, not C dan not G(oktaf)
Ø Anda boleh mengubah interval pada half step up or down. (upper ranges should be used with mature groups only)
Kelima:
Ø Sustain tuba pada not Bb bawah
Ø Set alat seperti bassoon, bass clarinet, contrabass clarinet, dan baritone sax pada not konsert Bb
Ø Low woodwind ini juga perlu diselang-selikan/alternate antara konsert Bb dan konsert F (baritone sax will not have great success on concert F as this one of the poor notes on the instrument. It might be more productive to have the bari sax move between low and high G, its concert Bb)
Ø Berikan ruang pada kumpulan woodwind tadi untuk mendapatkan konsistansi pitch yang tepat dan stabil supaya wujud satu perhubungan yang rapat antara wind dan brass
Keenam:
Ø Low woodwind sustain not Bb konsert
Ø Tenor sax not C bergerak ke C(oktaf) dan not G (bergerak kehadapan dan ke belakang)
Ø Alto sax not G oktaf
Ketujuh:
Ø Sustain alto dan tenor sax pada konsert Bb
Ø Clarinet not G pada garis kedua baluk, not C tengah dan not G oktaf (bergerak ke hadapan dan ke belakang)
Kelapan:
Ø Sustain clarinet not G dan not C
Ø Oboe not F dan Bb. Pergerakannya mesti dari not Bb turun ke not F, naik semula ke not Bb dan terus naik lagi ke not F oktaf
Kesembilan:
Ø Sustain clarinet dan oboe dalam konsert Bb dan F
Kesepuluh:
Ø Woodwind ulang seperti langkah keempat.
q Bassoon not Bb bawah dan atau Bb tengah dan not F
q Bass clarinet not C bawah dan atau G tengah
q Baritone sax not G bawah
q Tenor sax not C tengah dan atau G bawah
q Alto sax not G bawah atau oktaf
q Clarinet not G tengah, C tengah, dan G oktaf
q Oboe not Bb bawah dan flut Bb oktaf
Gunakan keseluruhan ensemble untuk mengubah interval pada half step up or down. (upper ranges should be used with mature groups only)
The quality of sound, balance and blend are crucial for the successful achievement of excellent intonation